11
Mar 18

Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), 7 Mac 2018

Universiti Utara Malaysia telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC) untuk menjadi sukarelawan bagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina yang telah diaadakan di pekarangan Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah pada 1-3 Mac 2018 yang lalu.

Seramai 75 orang pelajar kursus GHZN4063 Pengurusan Acara di bawah Persatuan Pngurusan Pelancongan, STHEM telah berada di sana sejak awal pagi pada 2 dan 3 Mac bagi membantu persiapan dan perjalanan majlis yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah , YAB Dato' Seri Diraya Ahmad Bashah bin Md Hanipah, serta tetamu-tetamu VVIP dari peringkat kerajaan pusat dan negeri. MRTM ini telah diadakan bagi tujuan memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakan semangat 1Malaysia, menjalinkan hubungan mesra antara pemimpin dengan rakyat dan mengetengahkan tradisi menyambut perayaan Tahun Baru Cina .

Menerusi program Voluntourism ini, pelajar-pelajar telah diberi pendedahan tentang aspek-aspek pengurusan acara untuk dikaitkan dengan silibus pembelajaran di dalam kelas sepanjang semester berlansung. Mereka juga telah terlibat secara langsung dengan penganjuran fiesta pembuatan kuih kapit yang telah mencatat sejarah di dalam The Malaysia Book of Record. Rata-rata pelajar telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam MRTM ini dan meluahkan rasa gembira serta berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman baru yang mereka terima sepanjang penglibatan dengan acara ini. Pihak urusetia MOTAC juga telah menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih di atas komitmen pelajar-pelajar ini. Penyertaan mereka dalam acara nasional seperti ini diharapakan dapat merapatkan jalinan kerjasama di antara UUM STHEM dengan MOTAC di masa akan datang.

Pihak Persatuan Pengurusan Pelancongan STHEM ingin merakankan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima Kasih kepada mereka yang berikut:

Yang Berusaha Profesor Dr. Abdul Malek Hji. Abdul Karim - Timbalan Naib Canselor (HEPA) UUM

Profesor Madya Dr. Rusdi Omar -Dekan Pusat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COLGIS

Profesor Madya Dr. Nurhazani Mohd Shariff - Dekan STHEM

Puan Noor Suhaila Yusof - Penasihat Persatuan Pengurusan Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kedah

Puan Raslinda Mohd Ghazali - Pensyarah dan pegawai pengiring wakil persatuan pelajar.