• 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3
  • 13001029 803992436372207 4873885431267775307 n (1)
  • 12974419 803992403038877 2304260011464517112 n (1)
  • sthem5
  • sthem4
  • sthem3

 

Highlight

 

Undergraduate

 

Postgraduate

16
Jun 16

 Pada 18 Mei 2016 (Selasa)  - Seramai 864 orang pelajar UUM COLGIS telah menerima Sijil Anugerah Dekan sempena Majlis Anugerah Dekan Sesi A151 di DKG 2/1.

Dalam majlis tersebut, seramai 347 penerima sijil adalah pelajar dari Pusat Pengajian Antarabangsa yang terdiri daripada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dan Program Ijazah Sarjana Muda Pernigaan Antarabangsa. Manakala seramai 238 penerima sijil adalah pelajar dari Pusat Pengajian Kerajaan yang terdiri daripada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan. Seterusnya Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar mempunyai seramai 154 penerima sijil Anugerah Dekan yang terdiri daripada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara, Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Bagi Pusat Pengajian Undang-undang pula, seramai 125 pelajar telah menerima Sijil Anugerah Dekan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan.

 

 Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA UUM COLGIS), Dr. Rusdi Omar dalam ucapan aluannya menyebut bahawa PPA UUM COLGIS sangat komited dalam pembangunan akademik para pelajar di kolej ini. Pelbagai program telah dirancang bagi memastikan para pelajar cemerlang dalam setiap bidang. Perasmian Majlis Anugerah Dekan UUM COLGIS 2016 telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani. Beliau telah menyarankan agar para pelajar supaya tidak hanya cemerlang dalam sudut akademik bahkan perlu gemilang dari sudut sahsiah dan kemahiran insaniah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah dekan-dekan pusat pengajian, timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan serta para penyelaras dan penolong pendaftar pusat pengajian dan PPA UUM COLGIS. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

 

  

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Translate

English French German Italian Portuguese Russian Spanish

Please install plugin JVCounter!

School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162  | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.
colgis   cas      cob  uum tourism ministry    matta