Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dengan dibantu oleh para pelajar Persatuan Hospitaliti, UUM telah menganjurkan satu program bual bicara serta demonstrasi masakan pada 10 April 2018 (Selasa) bertempat di Auditorium SOIS, UUM. Program ini dikendalikan oleh Pensyarah bidang Hospitaliti iaitu En. Muhammad Fauzi Mokhtar dan Chef selebriti yang juga merupakan Profesor Adjung STHEM iaitu Datuk (Dr.) Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan.
Program yang diberikan nama "DAPOQ HANGAT CHEFF WAN" tersebut telah membuka peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu serta dapat mendengar perkongsian pengalaman dari Chef Wan sendiri yang mana beliau dijadikan idola dalam bidang kulinari dan kehidupan. Antara lain objektif program ini adalah sebagai usahasama antara pihak STHEM dan Profesor Adjung Pusat Pengajian dalam berkongsi ilmu dan pengalaman bersama Chef Wan dan para peserta sepanjang karier beliau dalam bidang seni kulinari. Selain itu , program ini telah juga berjaya memberi pendedahan kepada peserta mengenai keunikan bidang kulinari dan peluang cabang perkerjaan yang lebih meluas yang berkaitan dalam bidang ini.
Program ini juga dapat merapatkan hubungan Pusat Pengajian dengan Institusi Pengajian tinggi serta Sekolah Vokasional yang berdekatan dalam konteks perkongsian ilmu dan bidang kepakaran dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Sekolah Vokasional di sekitar daerah Kubang Pasu dan Arau . Secara tidak langsung juga, program ini telah dapat sedikit sebanyak menjana pendapatan Pusat Pengajian. Walaupun program tersebut berlansung hampir tiga jam, namun ramai yang menunggu sehingga melewati penghujung program untuk mengambil peluang bergambar dengan selebriti kesayangan ramai itu.
STHEM telah menerima kunjungan dari tiga orang pelawat akademik dari Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik (FISIP), Universitas Riau (UNRI), Indonesia dengan diketuai oleh Dr. Suyanto sebagai Wakil Dekan Kemahasiswa,Kerjasama dan Alumni pada 2 April 2018 yang lalu.
Lawatan tersebut merupakan langkah awal untuk perbincangan terperinci bagi menjalinkan kerjasama dalam menghantar pelajar-pelajar UNRI ke UUM untuk ditempatkan di EDC KL bagi menjalani latihan praktikum selama satu (1) semester bermula pada semester Pertama 2018/2019
Lawatan tersebut bermula di Anjung Tamu UUM, diikuti dengan perbincangan dengan penjawat-penjawat STHEM di Bilik Mesyuarat Utama STHEM dan berakhir di Manager's Coffee dengan diadakan sedikit jamuan tengahari bagi meraikan tetamu.
Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara baru-baru ini menerima kunjungan dari 40 pelajar dan guru-guru dari Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) kunjungan tersebut adalah merupakan sebahagian dari siri kursus jangka pendek untuk memberikan pendedahan dalam kemahiran dan ilmu hospitaliti khususnya berkaitan adab dan etika makan dalam majlis formal kepada pelajar-pelajar SAINA. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah merupakan pelajar-pelajar terpilih dalam tingkatan 4 dan 5 . Mereaka sangat teruja dan melahirkan rasa gembira kerana berpeluang terpilih untuk mengikuti kursus sebegini yang jarang diperolehi sebelum ini. SAINA juga bercadang untuk menghantar kumpulan pelajar untuk mengikuti kursus Teambuiling dalam masa terdekat ini dan mereka yang terpilih akan menjadi perintis kepada kumpulan pelajar-pelajar selainya. Sesi kursus ini dimulakan dengan lawatan ke Anjung Tamu UUM dan seterusnya mengunjungi restoren latihan STHEM iaitu D'Hospitality Restaurant. Pelajar-pelajar diberikan taklimat dan diikuti dengan khusus asa adab dan etika di meja makan majlis rasmi. Di akhir kursus, pelajar-pelajar berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari apabila dihidangkan dengan set makan tengahari yang enak.
School of Tourism, Hospitality and Event Management, UUM College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 8158/8159/8160/8161/8162 | Fax : +604-928 8163 | Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Penafian | Dasar Privasi dan Keselamatan | Notis Hak Cipta
All Rights Reserved. Copyright @ 2016 School of Tourism, Hospitality and Event Management, Universiti Utara Malaysia.